16.9.16

Sejarah Perkembangan Catan Di Malaysia




SEJARAH PERKEMBANGAN CATAN DI MALAYSIA

Pengenalan
1. Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat berkaitan dengan lukisan catan,cetakan dan arca.

2.   Pelukis dapat meluahkan hati untuk disampaikan kepada orang.



3.  Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis negeri selat yang berketurunan cina atau melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bertema flora dan fauna.



Ini disebabkan minat mereka atau sebagai rekod sejarah.Lukisan -lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai syarikat India Timur yang ditempatkan di Malaya.


4.   Pihak Inggeris telah memperkenalkan lukisan catan landskap dalam aliran realisme, zaman pre-raphelites, turner dan constable. Keadaan ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila seni Eropah terutamanya seni Perancis mula memberi kesan kepada seluruh rantau dengan pergerakan seni seperti aliran impresionisme, kubisme, surealisme, futurisme dan konstruktivisme.

5.   Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat cina seperti Xu BeiHong yang telah berada di Pulau Pinang beberapa tahun. Mereka telah berkunjung ke Singapura untuk satu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus cina dan kaligrafi di China.



Selamat Klik saya

13.9.16

Tentang kami ^o^


Nama saya Seah Yu 


Nama saya Tan Wei Ning


Nama saya Ong Wei San


Hi ! Salam sejahtera ! Kami adalah blogger Dunia Seni Visual. 
Selamat datang : ) Tinggalkan komen anda .
Sekian, Terima Kasih <3

Karya-karya Catan Ong Wei San







Karya-karya Catan Seah Yu.








Karya-karya catan Tan Wei Ning








7.9.16

DIY Palet Cat Air


Ingin lukiskan apa-apa pada bila-bila masa sahaja? 

Susah nak membawakan set lukis dalam perjalanan pelancongan kamu?

Marilah kita menghasilkan set warna yang senang dibawa ke mana-mana sahaja!

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Image result for palette watercolor    Image result for 水彩颜料
Langkah-langkah: 
1. Memilih cat warna yang selalu digunakan dan menyusunnya mengikut giliran untuk menletakkannya ke dalam ruang-ruang yang terdapat dalam palet.
 

2. Meletakkan cat warna dengan mengikut giliran yang disusun ke dalam ruang-ruang dalam palet kamu.

 

3. Menunggunya sampai setengah kering dalam masa 2-4 jam.
 

4. Palet anda telah bersiap sedia untuk digunakan.
 

5. Senarai warna boleh disediakan mengikut susunan warna dalam palet anda seperti gambar berikut: 


Cubalah sediri! Ini amat menyenagkan proses melukis kita.

TEKNIK PENGGUNAAN

Cara menggunakan cat air 

- mencampurkan bersama air untuk melarutkan warna
 
- tidak terlalu pekat
 
- campuran air berlebih untuk menghasilkan warna yang terang dan segar.
 
- dicampurkan dengan material atau bahan lain, seperti:

· akrilik

· collage

Warna putih 
- dihasil daripada bahagian yang tidak diberi lapisan cat.
 
- cat air putih secara sengaja jarang digunakan.

Teknik Umum 
- pelbagai lapisan cat saling ditimpakan apabila lapisan sebelumnya telah kering untuk menghasilkan variasiwarna.
 
- wet-on-wet (menimpakan warna di atas lapisan yang masih basah)

· membutuhkan ketelitian tinggi

· kertas akan menjadi melengkung atau koyak jika terlalu banyak air digunakan

TEKNIK-TEKNIK CAT AIR

Basah Atas Basah

- mengecat warna di atas warna lain semasa basah.
 
- Warna pertama dan kedua dapat dicampurkan untuk menghasilkan tona yang berlainan dan menarik.

- Apabila teknik ini digunakan, kertas yang dibasah harus dihamparkan atas permukaan yang rata untuk membolehkan air mengalirkan cat warna yang dimasukkan.
 
- Sesuai digunakan pada permukaan yang luas, seperti:

· Langit, tanah, dinding bangunan, latar belakang lukisan.
 
Basah Atas Kering

- Lapisan warna pertama dibiarkan kering sebelum warna kedua disapukan (dengan sapuan lembut).
 
- Sesuai juga digunakan pada permukaan luas, tetapi perlu dilakukan dengan lebih perinci.
 
- Sesuai digunakan untuk melukis awam.
 
- digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan tona yang lebih gelap.
 
Kering Atas Kering

- Warna yang melekat pada berus tidak boleh banyak

· sapu pada kain, tisu, atau kertas lain untuk membuang warna yang lebih.
 
- Sapu di atas warna pertama yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. 


- Dapat mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.
 















21.8.16

Proses Catan Air

 Proses Catan Cat Air
 
1. Penyediaan Kertas Cat Air Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape).

2. Penetapan Tajuk Catan Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semula jadi.













 

3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu.Contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span.
 
5. Kemasan dan Persembahan Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.atas kering, kering atas basah.

CATAN Aliran Seni Catan

Definisi Catan  

Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan. 

   Sejarah Seni Catan


1. Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba.

2. Pada masa itu, aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan.

3. Media yang digunakan adalah seperti mozek dan fresko.


4. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.

5. Media yang digunakan ialah cat minyak, air, fresko dan lain-lain lagi.

18.8.16

Apa Itu Catan ?

Apa Itu Catan ?

1.  Catan merupakan hasil seni warna pada permukaan yang rata.

2.  Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilnya   ialah cat air, cat minyak, poster color.



3. Selain daripada pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan juga dibenarkan jika ia boleh memberikan kesan yang menyeronokkan.


4.  Catan berfungsi untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan memberitahu sesuatu maksud.

5. Catan juga membolehkan seseorang artis untuk meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Kenali Warna-warna dalam Seni


Warna - Unsur-unsur Seni Reka





Pengenalan Warna
1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia.

2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu.

3. Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.

4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.

5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna



roda warna

Jenis-Jenis Warna

Warna Asas


warna asas 


warna asas - merah, biru dan kuning

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna.

2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga.

3. Mempunyai kuasa yang hebat.

4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya.

Warna Sekunder
warna sekunder


warna sekunder - jingga, ungu dan hijau

1. Juga dipanggil warna kedua.

2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
         Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
          a. Jingga = merah + kuning
          b. ungu = merah + biru
          c. hijau = kuning + biru

Warna tertier

Warna tertier


Warna-warna tertier
1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
          warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
          a. biru ungu = biru + ungu
          b. biru hijau = biru + hijau
          c. kuning jingga = kuning + jingga
          d. kuning hijau = kuning + hijau
          e. merah jingga = merah + jingga
          f. merah ungu = merah + ungu


Nilai Warna

Tona warna



* Nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna.

* Iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas dengan mengikut kadar tertentu.

* Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap tertentu.

Kroma warna



* Nilai ukuran kuasa sesuatu warna

* Ia terhasil melalui campuran warna-warna penggenap ( warna yang bertentang dalam roda warna ) dengan nisbah tertentu.

* contoh

          Warna Sewarna @ Monokromatik
          
               * Sesuatu warna dalam pelbagai ton

               * Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk                      ton cerah @ warna hitam untuk ton gelap.

             contoh :
 
                     

           Warna Harmoni
           

           

                * Gubahan yang menggunakan warna-warna yang                                   bersebelahan dalam roda warna.

          Warna Penggenap

             

               * Gubahan warna yang menggunakan warna yang                                  bertentangan dalam roda warna atau dikenali sebagai                          warna yang bertentangan @ kontras

Suhu Warna

* Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan.

* Suhu warna merupakan satu perasaan atau tindakan kita terhadap warna.

* Terdapat 2 jenis suhu warna

     1. warna panas

     2. warna sejuk


      1. Warna Panas
          

          * Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan                           cahaya yang tinggi

          * Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang                   penglihatan seperti matahari.

      2. Warna Sejuk
          

          * Merupakan kumpulan warnayang mempunyai kesan                             cahaya yang rendah dan redup.

         * Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejuk                              mata memandang.

           contoh ;
                             
  

Warna Bertindak



* Merupakan warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar belakang yang lain.



* Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang berkontra warna melahirkan warna bertindak yang aktif.



* Manakala pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.

Gubahan warna bertindak
     
warna bertindak digunakan untuk menimbulkan suasana seram dan keadaan berkontra( bercanggah )


Perspektif Warna



* Merupakan gubahan warna yang mempunyai perubahan ton, sama ada dari terang ke gelap atau sebaliknya.

* Perspektif warna lebih jelas bila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna.
* Perspektif warna dapat mewujudkan kesan ilusi ruang, jarak atau kedalaman perspektif.


Mewarna

* Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja            mewarna antaranya ialah
     1. pensil warna
     2. warna air
     3. krayon
     4. magic colour
     5. marker dan sebagainya 

sebelum mewarna perlu
     * Diteliti arah cahaya
     * Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan 
         sebagainya.
     * Campuran warna
     * Bahan dan Media yang digunakan cth. cat air, cat, dakwat,                pensil dll


Teknik Mewarna


langkah 1


penghasilan lakaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.

langkah 2



Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis.

langkah 3


warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar.
lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam warna air yang kita akan gunakan.

langkah 4



teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan.
kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.


Contoh Karya





      


Sila Klik saya