16.9.16

Sejarah Perkembangan Catan Di Malaysia




SEJARAH PERKEMBANGAN CATAN DI MALAYSIA

Pengenalan
1. Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat berkaitan dengan lukisan catan,cetakan dan arca.

2.   Pelukis dapat meluahkan hati untuk disampaikan kepada orang.



3.  Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis negeri selat yang berketurunan cina atau melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bertema flora dan fauna.



Ini disebabkan minat mereka atau sebagai rekod sejarah.Lukisan -lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai syarikat India Timur yang ditempatkan di Malaya.


4.   Pihak Inggeris telah memperkenalkan lukisan catan landskap dalam aliran realisme, zaman pre-raphelites, turner dan constable. Keadaan ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila seni Eropah terutamanya seni Perancis mula memberi kesan kepada seluruh rantau dengan pergerakan seni seperti aliran impresionisme, kubisme, surealisme, futurisme dan konstruktivisme.

5.   Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat cina seperti Xu BeiHong yang telah berada di Pulau Pinang beberapa tahun. Mereka telah berkunjung ke Singapura untuk satu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus cina dan kaligrafi di China.



Selamat Klik saya

13.9.16

Tentang kami ^o^


Nama saya Seah Yu 


Nama saya Tan Wei Ning


Nama saya Ong Wei San


Hi ! Salam sejahtera ! Kami adalah blogger Dunia Seni Visual. 
Selamat datang : ) Tinggalkan komen anda .
Sekian, Terima Kasih <3

Karya-karya Catan Ong Wei San







Karya-karya Catan Seah Yu.








Karya-karya catan Tan Wei Ning








7.9.16

DIY Palet Cat Air


Ingin lukiskan apa-apa pada bila-bila masa sahaja? 

Susah nak membawakan set lukis dalam perjalanan pelancongan kamu?

Marilah kita menghasilkan set warna yang senang dibawa ke mana-mana sahaja!

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Image result for palette watercolor    Image result for 水彩颜料
Langkah-langkah: 
1. Memilih cat warna yang selalu digunakan dan menyusunnya mengikut giliran untuk menletakkannya ke dalam ruang-ruang yang terdapat dalam palet.
 

2. Meletakkan cat warna dengan mengikut giliran yang disusun ke dalam ruang-ruang dalam palet kamu.

 

3. Menunggunya sampai setengah kering dalam masa 2-4 jam.
 

4. Palet anda telah bersiap sedia untuk digunakan.
 

5. Senarai warna boleh disediakan mengikut susunan warna dalam palet anda seperti gambar berikut: 


Cubalah sediri! Ini amat menyenagkan proses melukis kita.

TEKNIK PENGGUNAAN

Cara menggunakan cat air 

- mencampurkan bersama air untuk melarutkan warna
 
- tidak terlalu pekat
 
- campuran air berlebih untuk menghasilkan warna yang terang dan segar.
 
- dicampurkan dengan material atau bahan lain, seperti:

· akrilik

· collage

Warna putih 
- dihasil daripada bahagian yang tidak diberi lapisan cat.
 
- cat air putih secara sengaja jarang digunakan.

Teknik Umum 
- pelbagai lapisan cat saling ditimpakan apabila lapisan sebelumnya telah kering untuk menghasilkan variasiwarna.
 
- wet-on-wet (menimpakan warna di atas lapisan yang masih basah)

· membutuhkan ketelitian tinggi

· kertas akan menjadi melengkung atau koyak jika terlalu banyak air digunakan

TEKNIK-TEKNIK CAT AIR

Basah Atas Basah

- mengecat warna di atas warna lain semasa basah.
 
- Warna pertama dan kedua dapat dicampurkan untuk menghasilkan tona yang berlainan dan menarik.

- Apabila teknik ini digunakan, kertas yang dibasah harus dihamparkan atas permukaan yang rata untuk membolehkan air mengalirkan cat warna yang dimasukkan.
 
- Sesuai digunakan pada permukaan yang luas, seperti:

· Langit, tanah, dinding bangunan, latar belakang lukisan.
 
Basah Atas Kering

- Lapisan warna pertama dibiarkan kering sebelum warna kedua disapukan (dengan sapuan lembut).
 
- Sesuai juga digunakan pada permukaan luas, tetapi perlu dilakukan dengan lebih perinci.
 
- Sesuai digunakan untuk melukis awam.
 
- digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan tona yang lebih gelap.
 
Kering Atas Kering

- Warna yang melekat pada berus tidak boleh banyak

· sapu pada kain, tisu, atau kertas lain untuk membuang warna yang lebih.
 
- Sapu di atas warna pertama yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. 


- Dapat mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.